AKADEMI PENGAJIAN SAIDATINA AISYAH (APSA)
( 2010 – kini ) merupakan sebuah institusi
pendidikan yang berorientasikan pentarbiahan semi-akademik. APSA menawarkan pelbagai
jenis latihan, kursus, perundingan dan bimbingan dalam aspek keilmuan dan kepakaran dari
semasa ke semasa secara profesional dan efisyen khusus kepada para muslimah .
APSA merencanakan sebuah penubuhan Universiti Saidatina Aisyah (USA) dengan berpusatkan
sebuah Masjid Saidatina Aisyah (MSA) yang mampu menawarkan kursus-kursus yang
berdaya saing dengan institusi pendidikan yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Pendidikan,
seterusnya mampu melahirkan golongan muslimah yang berjuang menegakkan amar ma’ruf
nahi mungkar dalam kerangka pembudayaan ilmu-ilmu Islam sepanjang hayat.